Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC) merupakan jurnal berwasit yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu Penyelidikan Islam dan Kontemporari serta bidang-bidang berkaitan.
Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang Penyelidikan Islam dan Kontemporari. JOIRC ini dapat menjadi platform kepada ahli akademik untuk menerbitkan artikel-artikel berbentuk penyelidikan dan juga konseptual di laman web JOIRC ini. Dengan cara ini, banyak artikel ilmiah yang berkaitan dengan Penyelidikan Islam dan Kontemporari dapat diterbitkan secara atas talian sebagai sumber rujukan.
JOIRC diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan kekerapan empat kali setahun, iaitu pada bulan Disember, Mac, Jun dan September. Ia dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.